BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 11 October 2011

PEMBELAJARAN KELAS KE 21


10.10.11

kelas dimulai dengan membuat kuiz yang ke4.. kemudian berbincang mengenai take home test..untuk soalan satu yang mengenai laman web dan dikehendaki untuk capture laman screen tersebut..jadi pn zakiah telah menerangkan bagaimana untuk capture screen..
cara-cara nya :
1. tekan di button print screen yang terdapat pada laptop (PrtSc SysRq)...
2. kemudian paste kan di microsoft word..
3. kita boleh adjust gambar tersebut dengan menggunakan crop...

ari ni belajar mengenai asas pembinaan multimedia...

tujuan perisian dibina ialah untuk murid,guru dan kedua-dua nya sekali..
 untuk membina perisian,,kita mesti tahu atas tujuan apa kita ingin membuat, untuk siapa dan adakah saiznya besar atau kecil...
kemudian kita mestilah merancang terlebih dahulu..buat story board dan lain-lain yang berkaitan supaya kita dapat hasilkan sesuatu yang berkesan..
jika kita ingin gunakan power point..kita mesti tahu bagaimana untuk menggunakan kelebihan yang ada pada power point tersebut dan tahu mengatasi kekurangan yang ada pada power point...

ciri-ciri persembahan multimedia yang baik ialah

mestilah bersifat interaktif dan mempunyai elemen-elemen seperti grafik, teks, animasi, video dan audio :)

banyak perkara yang harus dititikberatkan dalam persembahan multimedia..seseorang itu haruslah memastikan perisian yang dibuat menarik, mesra pengguna, mudah difahami dan sesuai dengan tahap kumpulan sasaran.. :)

untuk paparan utama kita mestilah menggunakan warna yang kontra dengan warna teks..jika ada logo boleh diletakkan disini...

selain itu,,reka bentuk juga haruslah mempunyai menu utama, sub menu, butang navigasi, ikon, video dan audio..

untuk taipografi pula,,kita mestilah menggunakan tulisan yang boleh dibaca, saiz yang sesuai, stail dan penggunaan warna yang betul..

jika hendak meletakkan gambar,,pilih yang format gambarnya .jpg dan .bmp..jgn gune yang bersaiz besar seperti .tif dan .tga kerana akan melambatkan perjalanan perisian dibina..
biarlah gambar yang diletakkan ada kaitan dengan pembelajaran dan ambil berat tentang susun atur gambar tersebut..pastikan kemas dan teratur..

seterusnya kita boleh lihat pada isi kandungan yang ingin kita letakkan dalam perisian kita itu..mestilah dari mudah ke susah dan bersesuain dengan tahap kemampuan kumpulan sasaran kita..konsep juga mestilah mencapai objektif, tepat dan padat..
bahasa yang digunakan juga mestilah mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, ejaan yang betul, laras bahasa yang sesuai dan wacana yang menarik..
ramah pengguna pula ialah yang menjadikan sesuatu persembahan itu interaktif..pengaliran maklumat boleh terjadi dalam dua hala seperti hot spot dan hot text..
latihan yang disediakan juga mestilah dari aras rendah ke aras yang tinggi...
boleh pelbagaikan latihan untuk mewujudkan variasi..

setelah selesai membina perisian tersebut,,jangan lupa untuk membuat backup file..dan cuba buka di komputer yang berlainan untuk  memastikan perisian kita itu boleh digunakan..

pastikan kita membaca dan mengkaji terlebih dahulu dan bertanya pada yang pakar,,supaya kita boleh menghasilkan perisian yang mencapai objektif dan mengelakkan kegagalan... (^_^)!

REFLEKSI

saya mengetahui banyak perkara tentang bagaimana untuk membuat persembahan multimedia yang baik dan perancangan yang kemas sebelum membina seseuatu perisian..
banyak istilah yang saya tahu seperti hot spot, hot object dan sebagainya..
banyak perkara yang perlu saya belajar lagi sekiranya saya ingin membuat sesuatu perisian kerana saya tidak mempunyai kemahiran lagi..kerana banyak perkara yang perlu saya titikberatkan untuk menghasilkan perisian yang bagus, menarik dan interaktif :)


0 comments: