BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 6 July 2011

KELAS ICT



PEMBELAJARAN KELAS 1                                      28.6.2011

Apa itu teknologi? Daripada ‘Tenologi Maklumat dan Telekomunikasi’


Definisi tenologi :
Secara am nya teknologi bermaksud sesuatu yang dicipta dan direka untuk memudahkan manusia.


TEKNOLOGI
1.     Komputer sesama komputer(komunikasi di serata dunia)
2.     Laptop/desktop/notebook
3.     Handphone
4.     Maklumat komunikasi

-       Kita boleh berkongsi / kolabrasi maklumat dengan guru / rakan / orang yang berpengalaman dengan menggunakan e-mel /sms / mms / facebook / blog / twitter / skype dan lain-lain.
-       Kita mestilah menggunakan TMK ini untuk berfikrah iaitu untuk kebaikan kita sahaja.

Sistem komputer terhasil daripada gabungan hardware dan software.

Hardware (perkakasan) :
Terdiri daripada alat menyimpan data , mencetak data , dan lain-lain.

Software (perisian) :
Terdiri daripada antivirus , operating sistem ( window 7, NXP ) , aplikasi , utiliti , komunikasi (mozilla firefox) .






PERKEMBANGAN DALAM KOMPUTER


-       Necessity is the Mother of Invention
-       Teknologi berkembang kerana kita mempunyai komputer sendiri yang efisien.
-       Abacus ialah asas dalam pembinaan komputer.


Generasi Komputer

 Generasi 1

-       Pada tahun 1941 – 1956
-       ENIAC ( Electronic Numerical Integrator and Computer ) dibangunkan hasil kerjasama University of Pennsylvannia dan kerajaan US.
-       Mempunyai 18000 tiub vakum dan 7000 resistors yang dibangunkan oleh John Presper Eckert dan John W Mauchly dan merupakan general purpose computer.
-       Von Neumann mereka Electronic Discrete Variable Automatic Computer ( EDVAC ) pada tahun 1945.
-       Mampu menyimpan dan memegang data dan program
-       Juga menggunakan tiub vakum .
-       Pada tahun 1951 Universal Automatic Computer ( UNIVAC 1 ) direka oleh Remington Rand.

-       Semua komputer generasi 1 :

1.     Menggunakan bahasa mesin ( yang menggunakan simbol ) untuk melaksanakan operasi.
2.     Menggunakan tiub hampagas dan dram magnetik untuk menyimpan data. Tiub hampagas itu diperbuat daripada kaca dan merupakan ruang yang kosong.






REFLEKSI = )

Melalui kelas ini saya dapat mengetahui bahawasa nya teknologi mempunyai pelbagai definisi dan bergantung kepada pendapat semua orang yang mengatakan tentang nya. Tetapi pada asas nya, teknologi dapat memudahkan manusia dalam kehidupan seharian mereka contoh nya dengan penciptaan handphone, laptop dan sebagai nya, mereka dapat mencari maklumat dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja walau dimana sahaja mereka berada.

Selain itu saya juga dapat mengetahui istilah-istilah baru seperti :
-       white paper yang bermaksud maklumat yang mempunyai nama penulis dan sebagai nya.
-       bottle neck yang dikatakan apabila semasa melayari internet, penggunaanya adalah lambat apabila dalam sesuatu masa itu, ramai yang menggunakannya.
-       RAM ( Random Access Memory ) ataupun volatile iaitu tidak boleh disimpan.
-       ROM ( Read Only Memory ) ataupun non volatile iaitu boleh disimpan dan tidak hilang.

Saya juga mengetahui bahawa komputer juga mempunyai sejarah nya yang tersendiri dan telah melalui pelbagai generasi. Pada asal nya komputer zaman dahulu sangat besar dan semakin kecil sehinggalah pada abad 21 ini apabila teknologi penciptaan semakin berkembang.

Komputer memerlukan hardware dan software untuk membolehkan sesuatu komputer itu berfungsi. Perbezaan hardware dan software ialah hardware itu kita boleh pegang seperti mouse, printer, joystick dan lain –lain. Tetapi software kita tidak boleh menyentuh nya kerana itu adalah sistem yang ada dalam perisian komputer.









0 comments: