PEMBELAJARAN KELAS 8 27 JULAI 2011
Hari ini pembelajaran mengenai mail merge. Jika kita sebagai bakal guru, semasa di sekolah nanti, kita pasti akan perlu membuat sijil untuk ujian-ujian bulanan. Maka, mail merge adalah cara yang menjimatkan masa untuk membuat sijil dan memasukkan data. Cara membuat nya ialah, kita memerlukan dua fail yang berasingan iaitu fail untuk markah pelajar dan satu lagi ialah sijil tersebut. Setelah maklumat lengkap diisi, jangan lupa untuk save dahulu. Kemudian ,pergi semula ke fail sijil itu dan pergi ke bahagian menu iaitu mailing. Pergi ke select recipients dan click di use existing list kerana kita telah ada fail markah murid tadi. Maka cari semula fail markah murid tadi dan double click di situ. Selepas itu pergi click di insert merge field dan padankan dengan apa yang ada di sijil. Kemudian click di preview results dan kita akan lihat semua markah murid tadi akan ada di sijil itu.
REFLEKSI=)
Belajar mail merge ini merupakan pengalaman saya yang pertama dan membuat nya agak mudah jika kita tahu cara-cara nya. Lebih-lebih lagi saya menggunakan m.w 07 yang sama dengan apa yang lecturer guna kan. Jadi , boleh dikatakan agak senang untuk membuat perkara ini, cuma perlu selalu buat kalau tidak mahu lupa apa yang dipelajari.
0 comments:
Post a Comment